PI
D-1
"Ya
Allah Ya Tuhan Kami,
Sempena
Meraikan Majlis Perkahwinan Kami memohon restu-Mu agar
berkatilah
majlis ini,limpahkan berkat dan rahmatilah pasangan suami isteri ini,
Jadikanlah
rumah tangga mereka bahagia dalam ketaatan terhadap-Mu,
Kurniakanlah
kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah
kepada
mereka ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sempurnakanlah
agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Amin
Ya Rabbal Alamin."
--------------------------------------------------------------------------------------------
D-2
"Ya
Allah Ya Tuhan Kami,
Jadikanlah
pasangan pengantin ini zuriat yang sempurna, soleh dan solehah.
Lapangkanlah
rezeki pasangan ini semoga hidup dalam keadaan yang harmoni
dan
bahagia sepanjang hayat mereka.
Amin
Ya Rabbal Alamin."
--------------------------------------------------------------------------------------------
D-3
"Ya
Allah,
Satukanlah
hati kedua mempelai ini,
seperti
mana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha,
dan
seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah,
Kami
memohon doa restu-Mu, berkatilah majlis kami ini dan semoga majlis
kami ini,
berjalan
dengan sempurna sepertimana yang Kau kehendaki,
Dan
semoga jodoh perkahwinan berkekalan buat selama-lamanya sehingga ke
akhir hayat."
--------------------------------------------------------------------------------------------
D-4
***Sabda
Nabi Muhammad S.A.W.***
"Apabila
berkahwin seseorang daripada kamu,
maka
sempurnalah separuh agamanya,
maka
hendaklah ia bertakwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya..."
--------------------------------------------------------------------------------------------
D-5
Ya
Allah Ya Tuhan Kami,
Kami
memohon doa restu-Mu,
berkatilah
majlis kami ini dan semoga majlis kami ini, berjalan dengan sempurna
sepertimana
yang Kau kehendaki,Dan semoga jodoh perkahwinan
berkekalan
buat selama-lamanya sehingga ke akhir hayat.
-Amin
Ya Rabbal Alamin-
--------------------------------------------------------------------------------------------
D-6
"...Hawa
dicipta dari tulang rusuk Adam,
bukan
dari kepalanya untuk dijadikan alasnya,
melainkan
dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat
pada lengan untuk dilindunginya dan dekat dihati untuk dicintai..."
--------------------------------------------------------------------------------------------
D-7
Beras
Kunyit Kami Taburi,
Air
Mawar Di renjis Wangi,
Berkembang
Kasih Menabur Budi,
Undangan
Kami Setulus Hati,
Harap
Sudi Merai...
--------------------------------------------------------------------------------------------
D-8
Ya
Allah
Ya
Tuhan Kami,
Satukanlah
hati kedua mempelai ini,
__________________________
dengan
pasangannya
__________________________
seperti
Engkau satukan,
Nabi
Adam dan Hawa,
dan
seperti Engkau satukan,
Nabi
Yusof dan Zulaikha,
dan
seperti Engkau satukan,
Nabi
Muhammad S.A.W.
dan
Saiditina Khadijah.
Amin
--------------------------------------------------------------------------------------------
D-9
Ya
Allah,
Kami
memohon doa restu-Mu,
berkatilah
majlis ini,
limpahkanlah
barakah dan rahmat
ke
atas
_____________________
dengan
pasangannya
____________________
jadikanlah
rumah tangga mereka aman
dan
bahagia, dalam ketaatan terhadap-Mu,
kurniakanlah
kepada mereka zuriat
yang
soleh dan solehah,
serta
berikanlah ketenangan kepada mereka
di
dunia dan akhirat,
sempurkanlah
agama mereka dengan
berkat
perkahwinan ini.
Amin
--------------------------------------------------------------------------------------------
D-10
"Sesungguhnya
apabila
suami
menatap isterinya
dan
isterinya membalas pandangan
(dengan
cinta dan kasih)
Maka
Allah menatap mereka dengan
pandangan
kasih sayang
dan
jika suami membelai tangan isterinya,
maka
dosa mereka jatuh berguguran
di
sela-sela jari tangan mereka."
Diriwayatkan
oleh Maisaran bin Ali
dari
Abu Said Al-Khudri
No comments:
Post a Comment